Friday, April 23, 2010

3 comments 2:13 PM

buncit ooooo buncit...lalalala...

Posted by ally - Filed under
ok, entry emosi sikit..pasal br (haha..br ye) nak sedar yg perut ke buncit..haip..amalan kurang sihat yg ku buat sejak dulu..mkn berselang dengan air..n suke pulak ais..adoi hai..ni antara penyebab2 perut buncit..n kene la search sikit tips or petua mengelakkan n mengurangkan perut buncit..mau chantek2..haha..tdk mau disembunyikan di sebalik korset..sekali bukak korset, o mak ko, buncitnya perut..haha..malu nt...wink..wink...


cara untuk mengatasi atau mengurangkan perut buncit yg bukan disebabkan oleh pregnant..hihi..harap maklum ye..

amik dr sini
Ada enam panduan boleh dicuba wanita yang impikan perut kempis. Caranya adalah:

Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.

Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.

Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari
ally: ye..perut sy buncit..masih berusaha nih..bukan saja untuk chantek, tetapi juga untuk sihat..peace!

3 comments:

mas said...

sama la kite..hehe..sgt buncit..ina pon buncit jgak..hehe..kalo leh kmas nk attachkan perut dia kat cni..hehe

Mrs Drac said...

ally..perut saye buncit dari sekola menengah..hikhik...sbb tamau senam..mkn berulam air..=p
mase kawin pakai korset..tapi lemak pegi kedepan pulak dah

ally said...

kak mas: ina buncit lain la..ish3..tu x bole la nak kempiskan..hehe..

mrs drac: alamak...pakai korset pon x ckp nak cvr ek? hua..kene bersenam nih...=)