Tuesday, June 29, 2010

4 comments 12:19 PM

ape yg sy baca

Posted by ally - Filed under
selingan..hihi..

currently sy sdg membaca buku ini..hadiah dr adik sy sempena besday sy yg ke-ehem pada 17 jun yg lepas..

macam2 persoalan yg di rungkai kan..so, boleh la sikit2 menambah ilmu pengetahuan..
skrg br sampai bab 'merancang keluarga'..maklum saja la baca pon time nak tdo, so, lambat sikit la nak abis..tp sy tertarik ngan 2 persoalan di bawah..mungkin akan jd tajuk perbincangan kita pada ms akan dtg..hihi..




itu saja utk kali ini..=)

ally: en.tng kata dia mimpi baby girl....apekah?mimpi biasanya adalah sesuatu yg kita fikirkan or bygkan b4 tdo..emmm...=)
Continue reading...
3 comments 10:36 AM

perihal solat sunat nikah

Posted by ally - Filed under
hasil penyelidikkan n pembacaan yg di lakukan..sy semakin konfius..hihi

tp mmg tahu yg sebenarnya tiada solat khusus yg dinamakan solat sunat nikah..

bagaimanapun, menurut koleksi soal jawab solat
Tidak ada solat khusus yg dinamakan solat sunat nikah. Cuma ada hadis Ibn Mas'ud (HR Ibn Abi Syaibah dgn isnad hasan) yg menyatakan sunat solat dua raka'at bersama isteri di malam pertama di mana suami menjadi Imam kepada isteri. Tujuan solat itu memohon keberkatan Ilahi supaya terhadap perkahwinannya. WaLlahu a'alam
bole baca sendiri la ye kat blog itu..tgk bahagian komen ye..

bila surf2 lagi, jumpa yg wikipedia, tetapi tidak pula di nyatakan hadis sahih nya..

n daripada j-qaf pula sama seperti ape yg di nyatakan dlm koleksi soal jawab solat

untuk merungkai kan kemusykilan n kekhilafan sy berhubung perkara ini, sy sempat bertanya kepada ustaz ketika sesi temubual d pejabat kadi tempoh hari..menurut ustaz mmg tiada hadis yg menyatakan dgn jelas tentang solat sunat nikah samada sebelum ataupun selepas..namun disunatkan sebelum nikah agar membuat solat hajat agar perkahwinan diberkati dan di rahmati..malahan di galakkan juga selepas nikah, buat sujud syukur..

emm..timbul pula isu solat sunat syukur..sy pernah dgr radio dulu (jd ingat2 lupe je nih), ustaz kata tiada solat sunat syukur..mari kita cari mengenai solat sunat syukur pula..
okeh, ni je jwpn yg sy masih ingat..kpd b2b yg lain leh la ek buat rujukan terlebih dahulu tentang perkara2 yg kita sendiri tdk pasti..maaf jika ada kekhilafan di pihak saya..sy juga sdg masih belajar dan bukan la seorang yg mahir tentang hal ehwal agama..tp sebagai umat Islam, adalah menjadi satu kewajaran utk kita menambah ilmu2 pengetahuan..

kalo ada yg nak tambah sila kan ye..nt sy update semula..

ally: andai ku tahu 
Continue reading...

Monday, June 28, 2010

11 comments 10:18 AM

ada skandal=curang

Posted by ally - Filed under
okeh..isu hangat lagi..

knp la sy asyik discuss isu2 begini? xde ape sebenarnya. juz panduan kepada diri sy juga..betul x?

bila timbulnya isu curang ni, bukan saja bole berlaku pada pasangan yg bercinta tp yg berkahwin lagi byk..

dan sudah jadi trend pulak sekarang ni di mana perempuan lg byk curang..(ye ke?)

ni contoh kes nya..ada byk lg..cari sendiri la ye

amik kat sini



sy seorang yg anti-curang..x kira la atas alasan ape sekali pun, tetap tdk bersetuju..kerana definisi curang itu sendiri sinonim dengan perbuatan belot, khianat dan tidak amanah..tahu kan ape hukumnya org yg tidak amanah?

ok...emosi sekejap..hihi..

sy juga pernah di kelilingi oleh insan2 curang..tp yg jelas bukan diri sy (hey..sy sgt2 setia ya..x nmpk motif n sebab utk curang..)...ape yg mampu sy katakan itu pilihan mereka..yg tanggung azab juga mereka..yg menangis segala bagai itu juga mereka..tp sebagai org2 terdekat, sy tdk mampu utk berbuat tidak kisah..selalu juga nasihat n ingatan di beri, tp siapalah sy..hanya sekadar org luar..

ada yg berpendapat curang @ ada skandal tu sekadar suka2 (mmg x de keje betui..bole pulak sk2..), mengisi kesunyian (kalo sunyi dekatkan la diri pada Allah, sibukkan diri ngan keje2 n aktiviti2 sihat), n pelbagai alasan lain..

haih..

sampai sekarang masih x phm kenapa la nak curang..semoga saya n en.tng di jauhkan la dr perkara2 negatif sebegini..amin..amin..

apa yg bole sy katakan kepada mereka2 yg curang, ada skandal, bercuba-cubaan utk curang, tolongla hentikannya..ingatla pada yg tersayang..kalo pon xde yg tersayang, ingatla pada Ibubapa juga diri sendiri..x kasihan kah pada ibubapa kita yg mendidik kita, hantar g belajar tp masih x leh nak pk baik buruknya..byk kes bunuh2 tau skrg ni..curang slh satu sebabnya..x caya? banyakkan baca paper..amik tahu sikit hal semasa..kalo bukan kita yg mengubahnya, mungkin sy, kita, kalian2 adalah mangsa seterusnya..

akhir kata, sayangi la diri anda..jauhi dr CURANG/SKANDAL/KETIDAKSETIAAN/PECAH AMANAH & yg sewaktu dgnnya..

ally: maaf atas entry emosi ini..ape kan daya, terlalu byk kes curang..mari kita sama2 mencegahnya..
Continue reading...

Sunday, June 27, 2010

0 comments 9:25 AM

tidak bersedia berkahwin

Posted by ally - Filed under
satu isu n topic hangat utk di bicarakan..
persoalan tidak bersedia berkahwin juga melanda diri saya satu ketika dahulu..ewah..


ye, saya akui semasa kami bertunang pon sy masih belum bersedia..ape tah lagi ketika mengambil keputusan berkahwin..semuanya saya ikut keputusan famili kami berdua..ape yg terbaik pada mereka, itu la juga yg terbaik utk kami..


tp ayat yg en.tng membuatkan saya membuka mata..dia kata kalau famili dah berbincang n mencapai kata persetujuan, maknanya itu la jalan yg perlu kita tempuh..bukan ke doa, restu dan keredhaan mereka membawa rezeki dan keberkatan kepada kita, jd ape perlu la mengelak, menangguh dgn alasan yg remeh temeh..


ye, alasan sy adalah remeh..tidak lagi bersedia..sehinggakan en.tng tny semula pd sy atas alasan ape sy x bersedia..sebabnya jika alasan sy x  kukuh sebenarnya sy sdg mencari alasan utk berpisah..
Astagfirullah..sy x pnh terfikir akan perkara2 begitu..di jauhkan la..


lama juga sy termenung, berfikir juga berserah kepada Allah..kerana Dia amat memahami ape yg tersirat n tersurat di dlm fikiran juga hati sy..

Alhamdulillah, akhirnya saya menemui kekuatan juga keputusan..ya, sy mengambil keputusan terbesar dlm hidup sy dengan berkata 'ya' kepada urusan perkahwinan..walaupun dlm ms yg sm sy sdg belajar + bekerja, tp alhamdulillah, sumenya flow dgn baik..walau sedikit tersasar tp masih berpaksikan pd haluan sebenar..

sekarang, br sy tahu dgn keredhaan keluarga juga keredhaan diri sendiri, sy rs teramat bahagia..=) terima kasih kepada semua yg membantu, memberi nasihat juga tunjuk ajar kepada sy yg dulunya asyik ckp 'tidak' kepada perkahwinan..thanks a lot..

kepada sesiapa yg tidak lagi bersedia berkahwin tanpa alasan yg betul2 kukuh, berfikir la byk2 kali..ke mana matlamat hubungan kalian..adakah mahu bercouple selama2nya tanpa ikatan yg sah yg pastinya mengundang lebih byk dosa (nasihat kpd diri sy sendiri..byk dosa2 ketika couple...Alhamdulillah di beri petunjuk utk berkahwin).

oh ya, sy juga menemui tips2 yg mungkin bole di gunakan sebelum mengambil keputusan berkahwin..bukan utk menakutkan ye, tp perkara2 ini perlu juga di pertimbangkan..

amik dr sini

Ada alasan kukuh berkahwin

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

Harus sedia berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.

Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk berpisah

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Sedia menerima malu

Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.
Soal anak
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

sy rasa mungkin ada lagi perkara2 yg perlu di pertimbangkan..mungkin kamu2 bole menambah ape yg perlu..=)

ally: suatu ketika dahulu...=)
Continue reading...

Saturday, June 26, 2010

7 comments 4:26 PM

shawl utk nikah

Posted by ally - Filed under
adakah ini pilihan yg betul ek?


shawl utk nikah..

mcm yg ika pakai semasa perkahwinan beliau..


(ika..sy pinjam pic kamu yg gojes ini..)

tp


dia sgt cantik orgnya, so, pakai sebegitu pun mmg dah cukup cantik..


uish..


mcm x sesuai je ngan mk sy..


pilihan utk tdg nikah x byk lak..mak x bg pakai tdg awning, ktnya ssh, suh sy pakai tdg bawal sj..mcm ms majlis tng ri tu (majlis kelam kabut bak kt sy..hihi)..


so
sdg mencari alternatif kpd tdg awning..
kalo bole x nak pakai tdg bawal coz hari2 sy g keje pakai tdg bawal..x nmpk lain lak..
haih
ke mmg sepatutnya sy go on je ngan tdg bawal...
emm
nantikan saja hasilnya..hihi
mudah2an x kelam kabut seperti majlis tng dulu..
tah2 pilih pakai awning juga..haha..
no wonders
tu yg plg sng di pakai..okey ally, chayok2..=)

ally: mau beli shawl ngan ika..tp warna2 yg sy nak tu sume sold out pula...sedey..
Continue reading...

Friday, June 25, 2010

6 comments 11:20 AM

perihal kek

Posted by ally - Filed under
yg ni memang la nak kene penampar kat diri sendiri..

hihi
pasalnya sgt2 la terlupe
then, bila bincang2 ngan mak, dia suggest kan pulut kuning..
wow tradisi juga kan..ok x ek?

wah..tetiba lapar pulak..
mcm farah pnh tulis kat sini, pasal pulut kng vs kek..

sy biasa tempah kek di sini, kat kak alice...
malangnya beliau telah gantung apron coz menumpukan pada pembuatan cookies raya..
god..
sy mmg x aware lgsg yg tarikh2 sy kahwin tu adalah tarikh2 org dah sibuk wat sample2 kuih raya..
sedey x dpt tempah kat dia..
sedangkan sy sgt2 mengkagumi hasil keje beliau..
xpe la
xde rezeki..
but then, sy terjumpa web youngbakers..
walaupun x de contoh kek fondant yg kak suraya ni buat coz i think dia masih baru lagi..
tp x pe lah..
at least ada juga kek..
sy lebih prefer order kak di sekitar bt pht sj.
ini adalah kerana, kalo order luar dr bp, sy sendiri yg kene g pick up...ini adalah susah lantaran perintah berkurung sudah berkuatkuasa..jd plg penting adalah redha..kalo kita redha n juga bersyukur insyaAllah, sumenya jd baik..amin..amin..amin ya rabbal alamin..
sedeynya..

okeh sedap kan hati sudah..
asalkan kek sedap sudah..x perlu juga yg fondant2 pslnya lg mhl juga x sedap..haha..muke je cantik ok..

paling penting sy kahwin..

yeay..

*mood sedapkan hati*





(sedapnya..rich in fruits..suke2)

(sgt sedap..yummy..)

(walaupun kek besday je, tp leh juga wat utk wedding..kan..kan?)

(fuh..mmg kaya ngan buah masam..tp sy suke..)

okey la berangan je tu..sy x kisah pon kek jns ape pon..yg pasti ada la juga kek utk aksi wajib suap2..haha..xde pon, suap pulut je la..haha..x salah pon..

ally: okey kot amik package kek ngan kak suraya..rm170 for 7" steam buttercream cake n 30 pieces cupcakes..ke mahal?
Continue reading...

Thursday, June 24, 2010

2 comments 2:05 PM

nak tau tempat mkn best kat melaka

Posted by ally - Filed under
transit..bole pakai ke perkataan ni ek.. or erti kata lain sesuai ke ek nak di gunakan..hihi..

mcm ni..kami plan mau singgah di melaka pada 21 julai, sebelum majlis bertandang di klang..ini kerana kami menggantikan sesi berinai dengan post-wedding..n OP pon bersetuju utk 2 hrs photoshoot di melaka..knp melaka? hihi..my OP based kat melaka, so, 21 julai tu adalah waktu dia bekerja, so, xpe la kami ke sana..lgpun leh la gunakan voucher  penginapan yg cuma 2 hr 1 mlm itu..

plan kami x pasti lg, coz kene ikut kelapangan OP la kan..tu kene bincang nt..i dont mind sgt..

tp, nak tny mn2 b2b yg keje, tinggal or pernah bercuti kat melaka tu, agak2nya tempat mkn n jln2 paling best kat mn? n juga tempat yg romantik2..haha..(gatai2).. hihi..ini kerana kami bercadang mau jln2 selepas photoshoot nt..sempat lg nak dating2 before kami balik klang..any suggestion?

last time sy g melaka adalah pd thn 1996..fuh..dah lm kan..ye la..walau pun sy ni kg kat jhr, tp amat la jrg ke mn2..tolong sy ye..nak harapkan en.tng sy survey2, x bole la..dia sgt bz masuk site..dan sy x nak memeningkan dia..hihi..

thanks a lot cyg2!

ally: bakal menginap di naza talyya melaka.dah itu je yg dlm voucher ni..rembat je la..
Continue reading...
2 comments 11:56 AM

jangan pernah klik "like"

Posted by ally - Filed under
okeh..terpaksa juga wat entry ni hari ni..lantaran br saja kwn sy, bushra, publish ini dlm fb dia..

fuuuhhh..jgn pnh click "like" k pada group sebegini..

ni link nya..



dan ini antara yg sempat sy screen shot.. maaf atas gambar2 yg di bold kan itu..bole pulak pencipta page yg bengong ini menyamakan n melukis gambar2 Nabi MUhammad sebegitu..Ya Allah..

Astagfirullah...






minta kepada semua umat Islam sebar2 kan..di khuatiri ada yg terklik 'like" pada page sebegini..
Astagfirullah..

ally: update sepantas yg bole..
Continue reading...

Wednesday, June 23, 2010

11 comments 10:22 AM

hargailah sebelum terlewat

Posted by ally - Filed under
entry ni amik dr FB kwn sy, apis..sgt touching..xtau mn dia dpt, tp nak selitkan juga utk renungan sume..

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …


Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. ..
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.


Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...


Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. ..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.


Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA… dan sangat BERHARGA.
 
ally: kerana wanita adalah terlalu berharga..=)
Continue reading...

Tuesday, June 22, 2010

17 comments 4:44 PM

wedding wedges

Posted by ally - Filed under
masa sgt suntuk..dan sy masih belum menemui wedges idaman..

knp nak pakai wedges ms bersanding?

okeh, sy bukan la seorg yg biasa pakai heel..kdg2 pakai selipar pon leh tersadung2..n kasut yg bridal sediakan adalah tinggi okeh..

ye, di akui, baju sy mmg lawa if pakai heel 2'' ke ats..

tp perlu juga la di sesuaikan dgn keadaan..

saya x biasa..

lagipun ketinggian sy n en.tng x byk beza..

so, x nak la en.tng pon tenggelam semata2 nak bg sy cantik..

no..no..no..

so, sy berusaha mencari wedges yg bersesuai..

tp masih belum berjumpa..

mau cr yg seperti ini

atau pun seperti ini



atau yg mcm ni..



dgn masa yg suntuk ini, sy cuma terjumpa design seperti gambar yg ke-3..adakah ok if bersanding guna wedges sebegini? ramai yg kata better guna kasut yg bertutup jari2 kaki..alamak hai..itu la yg ssh tu..sy sgt x suke..nt kaki sibukla berebut2 nak melecet2..kalo bole sy nak cr kasut yg akan sy guna after wedding..

ally: alah membeli menang memakai..
Continue reading...
7 comments 11:28 AM

story 5: urusan @ PEJABAT KADI

Posted by ally - Filed under
Prosedur mohon kebenaran nikah



Step 1: beli borang


Kene la g amik borang2 di pejabat kadi masing2..kat jhr sekarang ni pejabat agama dah tukar ke pejabat kadi..so, jgn konfius pula..=) di sebabkan sy di lahirkan dan di besarkan di batu pahat, so, mestila dgn jayanya ke pejabat kadi batu pahat..tau kat mn? Sng je, kat belakang masjid sultan ismail@ masjib besar bt pht n berhadapan dengan tnb..pesanan sy, jgn dtg hr isnin, fuuuuhhh..org sgt ramai..n mcm2 ragam juga..bukan semuanya ke sana dgn niat nak amik borg or menjalani temubual (interview khwn la), tp mcm2 hal lain..tu lum jumpe dgn org2 yg ada masalah rumahtangga n sedang menjalani kaunseling..ffuuu...lama tunggu..so, pengajarannya, jgn la g hr isnin...


Kat pejabat kadi tu, g naik tgkt 2..sedey wo, g sesorang je..kat sini nmpk sume dtg couple2..kalo bukan dgn tng msg2, tentu ngan family atau kwn..emm..xpe la..kan Cuma amik borg je..tu pon nak emo..haha..


G kat kaunter 1 iaitu kaunter pembelian borang, ckp nak beli borang 2 (ni borang permohonan nikah untuk bakal pengantin perempuan..kalo bakal pengantin lelaki kena beli borg 1..tp sebab en.tng dr selangor, so, borg dia dr sana la..) n bg IC sekali ye..borg tu harganya rm5..pastu duduk dulu..diorg nak proses juga..then dgr la nm di panggil, staf kat situ akan bg borang 2, borang pemeriksaan HIV (percuma..dulu kene byr rm5), resit rasmi pembelian borg dan IC kita..then bole la balik..



Kat belakang borang 2 tu di kepilkan sekali borang pengakuan wali n beserta prosedur2 n dokumen2yg perlu di bawa ketika serahan borang kelak..

(ayyo..mls lak nak tgk kan pic ni..hihi...ni borang 2 ya)

(ni lak borang maklumat wali..dah siap2 senaraikan wali2 ikut turutan ye..juz tick pd yg perlu je)

( ni lak senarai semak borang2 n salinan yg perlu di lengkapkan n mesti ada b4 submit ke pejabat kadi)


 Step 2: HIV test


Dr pejabat agama ada 1 borang beserta sampul biru tau..tertulis SULIT..hihi..sulit la sgt, tp gam nya x lekat sgt pon..masih bole di buka2..hihi..



Sy menjalani ujian darah di klinik kesihatan bukit pasir..test bole dibuat setiap hari bermula hanya pada pukul 2.30-4.30 ptg.


mula2 pegi ke kaunter pendaftaran, bgtau nak menjalani HIV test utk bakal pengantin, then diorg akan bg 1 lagi borang..

(ni la borang yg dpt kat kaunter klinik kesihatan tu)

(yg ni lak dpt siap2 dr pejabat kadi ms g beli borang tu)

isi semuanya n serah kat kaunter tu beserta rm1 (yuran pendaftaran). Then staf akan bg semula borang tu yg dikepilkan sekali dgn no giliran. Kertas no giliran ni kaler putih tau, so, nt tgk kat bhgian display number yg kaler putih je..okeh? selepas dpt no giliran tu, terus la g ke kaunter 10, hantar borang, sampul surat n IC dan tunggu la no giliran


lama juga sy tunggu coz, ms ni ramai budak2 wat medical check up..nak masuk u kot..so, SABAR saja la..around 20 minutes later, br la turn sy..dup..dup..dap..dap..hihi..sy takut tgk darah (pasal tu x leh jd dr medicine..hihi) walau takut drh, tp dah byk kali tau menderma darah..=) peace!


Kejap je pon test itu..pembantu perubatan Cuma tanya bkl suami org mn n sy keje mn..itu saja..nak cepat kot..xde lak tanya HIV tu ape, AIDS tu ape..hihi..kwn sy dulu di tanya tau..abis amik darah, tunggu lagi..kali ni x lama..nama di panggil lagi..bole balik setelah dpt sampul biru itu dan juga IC..=)

Step 3: isi borang lak


Banyak borang nak isi..senyum je..hihi..gatai nak khwn..adoi hai.. (abaikan statement ini)


mesti complete tau..kalo salah jgn guna liquid paper, juz wat line je..ala..mcm biasa je..

n jgn lupe amik pengesahan status 'single-mingle' kamu kat ketua kg atau majikan yg beragama islam..

macam ni la cth nya..


Step 4: serahan borang + temubual


Dah complete sume2 borang n salinan2 yg di minta tu, sila lah hantar borg ke kaunter serahan borang..duduk la depan pendaftar ni eh..dia susun2, cop2, pastu bg borang tambahan (harga rm17), n bawa sume2 tu g bilik temubual..

(diterima..hihi)
Perihal temubual..sebelum tu ada 1 borang n senarai soalan2 yang nak ditanya..mcm kat bwh ni la..



Cuak juga..tp, pk2 balik, nak cuak wat ape lak kan..soalan2 yg ditanya, kan rutin je kompem la leh jwb..jgn takut2 k..kalo tkt2 nt walau dah biasa wat (cthnya doa qunut or iftitah), bole jd lupe tau..so, tenangkan la diri anda..hihi..


Temubual sy dgn ustaz Asshubhi (kalo x silap la nm dia), simple je soalan yg dia tanya, mula2 mengucap..n then bc Al-Fatihah..tu je..tp nya bacaan kene terang n jelas k..sebutan pon kene betul.. dlm 10 minit je temubual tu, sempat juga borak2..hihi..then terus g ke kaunter serahan borang tu semula..serah sume2, ada cop2 lagi..key in data kat web ape tah ek (patutnya dia yg key in kan, tp, pasal hari tu, ada kekecohan berlaku, sy offer diri key in sendiri..ala, Cuma key in ic sy n pasangan, nm, alamat, keje ape, keje kat mana n kelulusan).. siap sume, pastu g la ke kaunter 2 utk byr rm17..jgn lupe tunggu jap, kene gak amik resit tu..settle..bole kahwin..yahooooooooooo...hihi.. (mode gatai sudah bermula..)


Satu salinan borang2 tersebut beserta borang warna pink (which is sijil nikah, etc) kene bawa jumpa tok imam..tanya la siap2 sape imam kariah kita..i siap minta no phone lagi..hehe..peace!

(ni borang 3- kebenaran pendaftar)

(ni lak borang maklumat sistem pernikahan islam)

(borang 8-sijil nikah)

(modul keluarga sakinah..ni johor je kot yg wat..)

(borang 6- permohonan untuk mendaftar perkahwinan)

okeh..siap..tu sume kene bw g jumpa imam kariah masing2 k..=) then, baru la leh kahwin..yahooooooooooooooooooooooooooo..(gatai ko ek)

ally: lega bila sume ni settle...ALHAMDULILLAH..syukur kpd Allah yg mempermudahkan urusan-urusan ini..

 
Continue reading...

Monday, June 21, 2010

0 comments 11:00 AM

story 4: cousin wedding

Posted by ally - Filed under
alamak..xtau lak nak amik ape coz camera x de pulak mengambil gambo2 kejadian..pasalnya sy terlalu sibuk ngan en.tng membasuh pinggan di majlis itu..menat okey..tp sgt suke dpt basuh pinggan sesama..haha..basuh pinggan pun suke..tp, x larat nak basuh periuk..pg tu sampai dr KT, x sempat rehat wo..terus gerak ke umah arwah atuk..majlis di buat kat sini je....

xde ape yg spesel coz xde sanding2..ni majlis bertandang yg sgt2 simple..ape pon, sgt suke bila mknan yg disediakan exactly mmg cukup2 je..x membazir..alhamdulillah..

*end*

okeh, nak nyemakkan gambo bulat..kucing biasa sy yg suka tdo dlm pongkes (betul ke x la ejaan ni..tp ni la yg sy panggil..ngk gambo la ek kalo x leh nak imagine.. yg warna kuning tu yg sy panggil pongkes..kalian panggil that thing ape?)


ally: short entry without gamba..hihi..eh, ada la gambo yg xde kena mengena..sume ni start dr story 1 adalah schedule entry ya..sy dah siap2 wat..lantaran nex week busy ngan keje2..=)
Continue reading...

Sunday, June 20, 2010

0 comments 11:52 AM

story 3: wedding @ kota bharu

Posted by ally - Filed under
3 Jun 2010

sy naik bas ke kota bharu kul brape ek..lupe sudah..haha....again..to kelantan 2 times in 1 month..hihi..suke la sgt..hihi..

4 Jun 2010

sampai kol 6 pagi kat kota bharu n bakal pengantin (at that time masih bakal la)...

sempat juga mkn nasi kerabu (request kat kak mas nih, nak ns kerabu gak..ffuuuhh..sedap..terbaek..) pastu sempat juga melelapkan mata jap dlm bilik pengantin..ni ms tdo, bilik ni lom makeup2 lagi..lom tkr cadar pon lagi..

then, dah puas rehat2, duduk kat hall, perhati mak andam psg pelamin..panas sgt2 kat kelantan nih...dok asyik minum air je...

ni la pemainnya..


ni lak bilik pengantin yg sudah siap di make up..




dan sy adalah pengapit yg berdedikasi..siap iron baju2 pengantin tau (promote2..sape nak guna khidmat ku ini..sila la bgtau ya..) baju pengantin ni mmg kene iron sendiri ek..bukan mak andam ke yg ptt nya ironkan..ye la..kot2 masa iron tu kita terosakkan ke..x ke naya..hihi


bersambung pula dgn aktiviti2 masukkan telur ke dlm bunga telur gantung..byk tau nak wat nih..mujur ada pembantu2 import dr KL n penang..


n presenting shazzy, my bff yg tlg jhtkan manik kat alas dulang sy..


ni la the pengantin of the day..=) kak masniza..


ni after nikah..nikah kat masjid depan umah je..


me as pengapit gedix..saja x pakai spek pasai nak pki contact lens..konon nak effect mata besar..hihi..padahal bukan nmpk pon kalo dm gambo mt ini beso atau kecil...


and, i like this signage..ayah pengantin yg wat..mcm ada 2 pengantin kan? yg kiri tu nama ayah n umi pengantin, yg kanan tu nm pasangan pengantin..masa ni ada 1 majlis lain yg berdekatan ngan umah kak mas..


masa utk kak mas bersanding2an..dia memilih songket oren..wow..warna yg agak bright kan>tp okey je sy tgk..




okeh..cukup la review utk kali ini..penat lak nak tgk gambo yg byk2 ni..hihi...

sy balik ptg tu juga...naik bas ke kuala terengganu utk jumpe en.tng terchenta..ewah..dia ada kat ganu ms tu..g majlis kwn dia yg juga kwn sy..kami berpecah ke majlis msg2..kak mas is also her classmates..so, fair la kan..kami dapat hadir walau terpaksa separate..seronok juga berjanji temu di kuala terengganu walau pun cuma kat stesen bas..dr KT kami balik ke BP..en.tng dtg ke umah sy pulak sebelum fly to labuan on 8 june.

br berapa hari x jumpa, again, sy sudah pun mula  rindu sume2 tu..=)

ally: byk amik berkat g kenduri kahwin ni..=)

Continue reading...

Saturday, June 19, 2010

2 comments 11:00 AM

story 2: misi @ klang & s.a

Posted by ally - Filed under ,
selepas balik dr krai, sy dgn jayanya meneruskan perjalanan ke klang..mau bertemu en.tng utk settle sume hal2 tertunggak..haha..eh, ayat mcm pelik sikit..patutnya tertunda kot..emm..bole la..janji phm sudah..=)

g naik bas je..pasalnya sgt menat nak drive..n en.tng juga x bg drive..so, dgn gigihnya menaiki bas..

turun di s.a je..coz, dia ada hal di s.a..ffuuuuuhhhh..lamanya x turun s.a..sebelum ni kerap turun klang..itupun asyik sesat je..mau x sesat, jln kat klang tu mmg sedang di baik pulih, di tokok tambah n sewaktu dgn nya..sgt mencabar kesabaran if nak drive kat situ..

sy sampai petang 31 mei..pagi tu sempat lg g keje..settle kan mn2 yg patut..ceh..dedikasi la sgt..konon nya la...

sampai pon dah ptg.. n sy pon dah penat...so, x g mn2 la mlm tu..dok umah, lipat kad kami (klang) n make up kad kami (bt pht)..

sy cume ralat sikit la..bukan sy je..en.tng pon ralat sikit pasalnya nama sy printing kat kad pihak en.tng adalah salah..walaupon cuma typo error, tp, itu kan nama...emm..terasa sikit di situ..suppose to be SALIANA, turns out SALINA..but, sy mls la nak amik kisah..x tampal ape2 pon nak betulkan..mls n xde mud..bole x..emm..xpe la..asalkan org dtg nt sudah..

esoknya, 1 jun..sy kuar dating ngan en.tng..haha..dating ape nya..kami g s.a, jumpa dedek @ my bff..mau amik yasin dr dia..n juga pass kad awal2..dia pengapit, so, kene la bg kad seawal yg bole..ye x dek? then pass juga kad pd kwn2 yg keje di sekitar s.a..relieve rsnya bl dah pass kad..br rs mcm nak khwn..hihi..so, they are the first batch yg dpt kad kahwin yg x spesel ni..sempat juga jumpa ngan pee ( SELAMAT PENGANTIN BARU PEE! pengantin baru 13 jun (nikah), 15 jun (sanding)..waa..x dpt pegi..kene kuarantin di jhr saja)..sempat juga g beli gula..penting woo..brg2 kawalan yg sukar didapati masa kini..

then gerak g OU..mau g cr cincin en.tng di bausch

pastu balik..eh..x lagi..g cr netbook jap..ini kerana laptop en.tng sudah rosak, so, dgn keje2 yg selalu masuk site, vote for netbook coz ringan..hihi..beli vaio sony, brown color..okey kot harganya..tah la..sebab mls nak survey, jd beli je la..then rushing balik (hujan lebat, jln jem, lambat gak sampai klang even kt nak rushing..), coz kami ada appointment ngan bridal..mau fitting baju..

proses fitting yg biasa..baju sume ok..cume longgar sikit..bukan bermakna sy dah kurus sikit, tp..hihi..kurus la kot..hehe..pastu tukar kaler baju utk mlm berinai coz cousin en.tng hr tu dah pakai kaler merah yg kami nak..pk n belek2, tp lom decide lagi nak kaler ape....

patutnya kaler ini..

(source: eha beauty)

tapi, kami sedang mempertimbangkan kaler ini..

(source: cik belle)

emm..pinky nya..hihi..tah sanggup pakai ke x la ek..hihi..kami dah try baju pink tersebut, even design mcm gambo yg merah tu, tp tah ek..nmpk menarik..tp lom pasti lagi..hihi..tp bila tgk pic HM tu, rsnya okey je..xde la, hubby dia lokks 'jambu' pon..hihi...

caman2..lagi sebulan nih, mcm2 kerenah..pilihan kaler kat bridal tu x byk sgt..yg ada cuma pink, merah terang, merah hati, biru n coklat..tp sebab yg ada hr tu cuma pink n coklat, maka nya cuma try 2 ni je..emm..my FMIL suke ngan kaler pink itu..en.tng kata x kisah 9tah ye je x kisah dia tu)..sy pon ok, cuma kaler tu terang sgt..hihi..emmm..

itu je la yg berlaku di klang..xde ape yg menarik pon..sy balik bp, 2 jun..3 jun sy keje..ada kursus lg, so, x leh cuti..mlm tu lak nak naik bas g kota bharu lak..soon, wedding @ kota bharu..

ally: pink...pink..pink...


Continue reading...

Friday, June 18, 2010

2 comments 9:46 AM

story 1: wedding @ kuala krai

Posted by ally - Filed under
26 MAY 2010

journey to the east..by train..accompany by siti hana

weehooo..lama sebenarnya dah x travel by train..kali ni amik tempat tdo atas..both of us amik tempat tdo atas coz pengalaman lalu bila amik level bwh ni, org suka selak2..malu la ai kalo org lain tgk ai tdo dgn cun nya..hihi..

ni hana..

ni saya..haha..merenung masa depan..sowi, gamba kelam..

ni barang2 yg kami bawa..sy bw kerepek (ada 2 bungkus tau, 1 pengantin dah bw balik naik bas..sy lak bw 1 lagi naik train..mcm org nak g jual kerepek je..hihi)..hana lak tlg bw kan sekotak kuih bahulu kiriman irda..




kami bertolak dr stesen kluang by 8.20 pm and arrived @ kuala krai station by 7 am..long journey huh..tp sy sgt happy, dpt juga memeriahkan suasana majlis perkahwinan beliau @ haslina abdullah..my colleague @ uthm..=)

27 MAY 2010

abg has, has n mak beliau yg dtg menjemput kami di stesen ketapi nih..diorg br balik dr pasar basah, shopping segala bagai brg2 basah..emmm..cian has..byk benda yg dia kene settle sendiri..kejap2 kuar cari brg..nak harapkan sape lagi kat umah tu, ramai juga yg belum sampai..kami tolong2 ape yg bole tlg la..byk kisah kene off record..x leh nak cerita di sini..tp kami menyaksikan begitu byk dugaan yg has tempuhi..sy cuma mampu menenangkan beliau..betui2 sedih punya..tp..off record k..itu janji sy pd dirinya..=)

'babes, i'm always be here, by yourside..no matter what's the matter n what's happen'

back to the story..sy tlg kupas2 bwg (oooow..rewang nih)..tlg susun hantaran, tlg isi telur dlm bunga2an..=), tlg kemas2..n yg seadanya..




28 MAY 2010

hari yg di nanti2 kan..siap2 dlm kol 9.30 am..br nak posing2 atas katil, dah di panggil..wuuhuuu..so, x sempat pon amik pic ngan sy..


ini la pengantinnya, has..make up sendirian berhad saja..


runaway bride..hihi..ni otw nak g masjid..nikah di langsungkan di masjid berdekatan..





n alhamdulillah..=) bergelar isteri kepada syuk..=)



sanding2 after nikah..untuk tujuan picca2 sj..



wah..banyaknya gambo2..next..sanding time..sy jd pengapit ya..=) pengapit terjun..


after make up..fuuuhhh..santek..

sila abaikan sy yg sudah gemuk itu...silap pilih baju la..





okeh..cume ni antara gambo2 yg di approve oleh pihak pengantin untuk di paparkan..hihi..cukup la tu ye..mlm tu juga kami balik ke johor..by train juga.pengantin yg hantar kami ke stesen..sweet..pastu leh la g dating ye..

tah bila sampai lagi ke kuala krai ni..

to haslina n hubby, wishing u happily ever after..=)

ally: mau backpackers again by train ngan hubby satu hari nanti..=)
Continue reading...