Wednesday, November 6, 2013

1 comments 1:34 PM

musim makan bendi

Posted by ally - Filed under
ai perasan sejak mula studi ni, ai suke giler makan bendi...haha..ala omputih kata lady fingers..x kira la masak ape pon, pasti ai selitkan juga bendi ni...pelik sggh..kalo hari2 mkn bendi pon macam x kisah..ya Allah, sedapnya mcm x pernah mkn sebelum ni..masak kari letak bendi, masak asam pedas letak bendi, masak gulai letak bendi, masak sup letak bendi..masak tumis air letak bendi, n paling ai suke kukus je..

sedapnya..sambil menaip ni, sambil terliur..haha..kat rumah ai stok bendi ni mmg ada..tgh ajar qalisya mkn bendi..dia bole mkn sikit je la..x de la sampai semangkuk mcm ai kan..dtg time mls2 ai ni, ai tumis goreng bendi ni campur ikan bilis mkn ngan nasi panas..walaweh..tu pon dah kenyang..Alhamdulillah..

sebelom ni xde la ai fanatik sgt ngan bendi ni..ai mcm bermusim..ri tu suka sgt ngan cendawan n yet still suke..hari2 pon mkn cendawan tiram tu..same as tomatoes..kira bermusim la..mujo la ai ni mmg suka sayur..tapi..eh..ada tapi tu..bukan la semua jenis sayur ai suke..ada gak yg x suke cam terung (mmg x pernah mkn), peria (pahit oi..mkn masa dlm pantang je ri tu..eh, 2 tahun lepas) n syr2 yg rasa cam pahit..even tau diorg ni sume bagus utk kesihatan, tp tetap masih mencuba utk try mkn..kalo x cuba mkn mcm mana nak galakkan anak kita mkn syr kan? ye x? mcm qalisya, dia suka sawi bak choi..tah mcm mn bole suke tah..ai jarang beli syr tu..then bila sesekali beli, dia bole mkn mcm tu je..bagus2..bole beli lagi..hihi..

oh, ni antara kebaikkan bendi ni..amik dr web ini

tgk point pertama tu..haha..sgt sesuai ngan kondisi ai skrg...

    • Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. 
    • Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis. 
    • Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
    • Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
    • Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkanminyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikanbahan minuman sebagai kopi.
    • Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tuaboleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

ada banyak lg kebaikkan bendi ni

  1. Mencuci hati.
  2. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
  4. Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  5. Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
  7. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  8. Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
  9. Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
  10. Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.

rasanya ramai x suka bendi sebab ia nya berlendir kan? ye tak?

ally: kempen mkn sayur untuk hubby yg kurang makan syr..

1 comments:

Dell said...

Suka makan bendi ! yumm. ;)
Follow kamu ye.. sudi2 ye jenguk n follow . ;)