Friday, March 8, 2013

0 comments 9:48 AM

truely sharing is caring...come on babes!

Posted by ally - Filed under ,
hari ni sambil2 download nota, ai browse grup naturalAAE ..nampak satu post ni pasal anak2 kat rumah bakti yg ada masalah kulit..mcm scabbies n eczema n lain2 la..aduhai..luruh rs hati..anak sendiri yg kena kita jaga bagai nak rak, ada lagi anak2 yg menerima penjagaan sekadar yg termampu..,bab2 ni mmg sensetif..mcm mn la agaknya bila diorg tdo mlm, dgn rasa gatal2 tu semua..sedih..

kalau ada sedikit la keupayaan kita, mari la membantu anak2 ini...xdpt dlm bentuk wang ringgit, jika ada baju2 atau brg2 yg bole di sedekahkan, amat lah di alu2 kan..semoga kita juga di limpahkan lebih rezeki bagi membantu mereka yg memerlukan..

ni link nya..rumah amal buah hatiku
bukan la official page..cuma usaha dari insan2 yg cuba membantu mereka..

Anak2 ini berusia seawal 2 tahun hingga 7 tahun, ditempatkan di Rumah Amal Buah Hatiku, Seksyen 7 B.B.Bangi. Mereka ini datang dari keluarga miskin, asnaf zakat, dan separuh daripadanya adalah anak yatim piatu.Ada 26 anak2 kecil dijaga di rumah amal ini. Menurut kata pengurus, oleh kerana kekurangan dana, hanya seekor ayam dimasak untuk sehari bagi mengalas perut anak2 yang ramai ini untuk hidangan tengahari dan malam. Ketika diziarahi minggu lepas, mereka hanya dihidangkan nasi dan bebola ikan.Aku memohon supaya ada yang sudi menghulurkan apa jua jenis sumbangan ke rumah amal ini supaya anak2 ini dapat menikmati makanan yg berkhasiat untuk tumbesaran mereka. Susu, gula, beras, milo, minyak, makanan mentah seperti ayam, daging, sayur, buah-buahan. Juga diperlukan lampin pakai buang, ubat gigi, sabun, ubat2an dan sebagainya.Anda boleh menyalurkan bantuan terus ke alamat:No.22, Jalan 7/3C Seksyen 7,Bandar Baru Bangi, Selangor. Atau boleh menderma dalam bentuk wang ringgit ke akaun bank:Maybank: 5628-3461-8936 Nama: Buah Hatiku Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Puan Asiah (pengurus): 017 392-5392. Semoga sumbangan anda, walaupun sedikit, dapat membantu mereka meneruskan hidup yang serba kekurangan ini.

ni antara anak2 yg menginap di situ yang mengalami masalah eczema..kasihan bukan..n for sure he's cute!


meh sama2 menderma..x dpt banyak, sikit pon jadi la..kalau nak derma body wash ke krim kulit ke amat la di alu2kan..go for non-steroid mcm moogoo or buds..

ally: ape la sgt kalo setakat rm10 kan? itupun dh cukup membantu...

0 comments: