persoalan tidak bersedia berkahwin juga melanda diri saya satu ketika dahulu..ewah..
ye, saya akui semasa kami bertunang pon sy masih belum bersedia..ape tah lagi ketika mengambil keputusan berkahwin..semuanya saya ikut keputusan famili kami berdua..ape yg terbaik pada mereka, itu la juga yg terbaik utk kami..
tp ayat yg en.tng membuatkan saya membuka mata..dia kata kalau famili dah berbincang n mencapai kata persetujuan, maknanya itu la jalan yg perlu kita tempuh..bukan ke doa, restu dan keredhaan mereka membawa rezeki dan keberkatan kepada kita, jd ape perlu la mengelak, menangguh dgn alasan yg remeh temeh..
ye, alasan sy adalah remeh..tidak lagi bersedia..sehinggakan en.tng tny semula pd sy atas alasan ape sy x bersedia..sebabnya jika alasan sy x kukuh sebenarnya sy sdg mencari alasan utk berpisah..
Astagfirullah..sy x pnh terfikir akan perkara2 begitu..di jauhkan la..
lama juga sy termenung, berfikir juga berserah kepada Allah..kerana Dia amat memahami ape yg tersirat n tersurat di dlm fikiran juga hati sy..
Alhamdulillah, akhirnya saya menemui kekuatan juga keputusan..ya, sy mengambil keputusan terbesar dlm hidup sy dengan berkata 'ya' kepada urusan perkahwinan..walaupun dlm ms yg sm sy sdg belajar + bekerja, tp alhamdulillah, sumenya flow dgn baik..walau sedikit tersasar tp masih berpaksikan pd haluan sebenar..
sekarang, br sy tahu dgn keredhaan keluarga juga keredhaan diri sendiri, sy rs teramat bahagia..=) terima kasih kepada semua yg membantu, memberi nasihat juga tunjuk ajar kepada sy yg dulunya asyik ckp 'tidak' kepada perkahwinan..thanks a lot..
kepada sesiapa yg tidak lagi bersedia berkahwin tanpa alasan yg betul2 kukuh, berfikir la byk2 kali..ke mana matlamat hubungan kalian..adakah mahu bercouple selama2nya tanpa ikatan yg sah yg pastinya mengundang lebih byk dosa (nasihat kpd diri sy sendiri..byk dosa2 ketika couple...Alhamdulillah di beri petunjuk utk berkahwin).
oh ya, sy juga menemui tips2 yg mungkin bole di gunakan sebelum mengambil keputusan berkahwin..bukan utk menakutkan ye, tp perkara2 ini perlu juga di pertimbangkan..
amik dr sini
Ada alasan kukuh berkahwin
Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.
Harus sedia berkongsi
Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.
Sedia untuk sakit hati
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.
Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.
Sedia untuk kompromi
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.
Sedia untuk berpisah
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.
Sedia menerima malu
Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.
Soal anak
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.
sy rasa mungkin ada lagi perkara2 yg perlu di pertimbangkan..mungkin kamu2 bole menambah ape yg perlu..=)
ally: suatu ketika dahulu...=)
0 comments:
Post a Comment